San Marino Industry Press
SEE OTHER BRANDS

Following industries and services news from San Marino

Poppulo Menjadi Syarikat Komunikasi Pekerja dan Papan Tanda Digital Pertama yang Meraih Pensijilan ISO Penanda Aras bagi AI Bertanggungjawab

Pensijilan AI ISO 42001 mengesahkan reputasi Poppulo dalam tadbir urus, keselamatan data dan kebolehskalaan perusahaan

DENVER dan CORK, Ireland, Oct. 03, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Poppulo, peneraju global dalam komunikasi pekerja dan papan tanda digital, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mencapai penanda aras baharu bagi AI bertanggungjawab, iaitu pensijilan ISO 42001. Poppulo merupakan satu-satunya syarikat dalam kategorinya yang menerima piawaian antarabangsa pertama di dunia untuk Sistem Pengurusan Kecerdasan Buatan (AIMS).

Sejak awal, Poppulo telah menjadikan tadbir urus, keselamatan data dan kebolehskalaan sebagai tonggak utama platformnya. Pensijilan ini memberikan jaminan tambahan kepada pelanggan bahawa, ketika mereka mengadaptasi AI beragen secara pantas dan pada skala besar, mereka dapat melakukannya dengan penuh keyakinan, kerana platform Poppulo dibina atas asas amalan bertanggungjawab dan sistem yang berdaya tahan.

Pengiktirafan pihak ketiga ini, yang berkuat kuasa serta-merta, menegaskan komitmen Poppulo terhadap pembangunan dan pelaksanaan AI yang bertanggungjawab, boleh dipercayai dan telus. Pensijilan ini diperoleh selepas audit menyeluruh yang dijalankan oleh badan pensijilan bertauliah, yang mengesahkan bahawa amalan tadbir urus, pengurusan risiko dan akauntabiliti Poppulo memenuhi penanda aras antarabangsa yang paling ketat.

Dengan semakin banyak organisasi beroperasi di peringkat global, termasuk di rantau yang mempunyai antara peraturan AI paling ketat di dunia seperti Kesatuan Eropah (EU), pensijilan ini memastikan tadbir urus AI yang konsisten dan bertanggungjawab, sekali gus memberi keyakinan kepada perusahaan dalam usaha melibatkan pekerja dan pelanggan.

Mengulas mengenai pengumuman ini, Ketua Pegawai Eksekutif Poppulo, Ruth Fornell berkata: “Apabila perusahaan semakin teliti dalam memilih rakan teknologi mereka, mereka mula mengemukakan soalan-soalan sukar: Bagaimana anda menguruskan risiko AI? Apakah rangka kerja tadbir urus anda? Bolehkan anda membuktikannya?”.

“Pensijilan ini membolehkan kami menjawab soalan-soalan tersebut dengan penuh autoriti, dan yang lebih penting, ia mengukuhkan peranan Poppulo dalam membantu pasukan IT, Sumber Manusia, komunikasi dan pemasaran untuk melibatkan serta menggerakkan individu—sama ada pekerja mahupun pelanggan—sambil menyampaikan mesej yang konsisten dan boleh dipercayai merentasi platform komunikasi,” kata Fornell.

Selari dengan pensijilan ISO 42001 ini, Poppulo sedang mempercepatkan pelancaran suite baharu alat AI berasaskan ejen yang direka untuk mengubah cara organisasi mencipta dan menyampaikan komunikasi merentasi saluran pekerja dan rangkaian papan tanda digital. Ejen-ejen ini merangkumi Analyze, yang menyediakan cerapan serta cadangan hiperperibadi dan Create, iaitu alat yang membolehkan pasukan menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang selaras dengan identiti jenama secara pantas dan berskala besar. Dengan menggabungkan ejen-ejen ini—dan beberapa lagi yang akan menyusul dalam suite AI berasaskan ejen—Poppulo memperkasakan pasukan perusahaan untuk bergerak lebih pantas, berkomunikasi dengan lebih bijak, dan melibatkan audiens dengan lebih berkesan di setiap titik sentuhan.

Meneruskan momentum ini, Poppulo turut memperkenalkan keupayaan baharu yang berkuasa dalam platform komunikasi pekerjanya, termasuk terjemahan e-mel berasaskan AI dan pembantu AI peribadi yang memberikan akses segera kepada metrik prestasi, strategi kempen dan amalan terbaik. Inovasi-inovasi ini membolehkan pasukan komunikasi membuat keputusan yang lebih pantas dan berasaskan data, memperkemas aliran kerja, serta menyampaikan mesej yang lebih relevan dan berimpak tinggi kepada audiens global.

“Pensijilan ini menetapkan piawaian baharu bagi AI yang bertanggungjawab dalam komunikasi pekerja dan papan tanda digital,” kata Chris Payne, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Poppulo. “Bagi pelanggan kami, ia menyediakan penanda aras global yang jelas untuk menilai tahap kesediaan AI merentasi platform kami. Mengekalkan pematuhan memerlukan penambahbaikan berterusan, audit berkala serta kewaspadaan apabila cabaran tadbir urus baharu muncul, sekali gus memastikan organisasi dapat melibatkan dan mengaktifkan tenaga kerja mereka serta menyampaikan mesej yang dipercayai merentasi semua saluran secara bertanggungjawab dan berkesan.”

Dengan memperoleh pensijilan ISO/IEC 42001:2023, Poppulo telah memantapkan kedudukannya sebagai peneraju yang dipercayai dalam penyampaian AI yang selamat, beretika dan bersedia untuk perusahaan bagi komunikasi pekerja dan papan tanda digital. Pengiktirafan ini membantu organisasi melibatkan dan mengaktifkan tenaga kerja serta khalayak pelanggan mereka sambil memastikan penyampaian mesej yang konsisten dan berimpak merentasi setiap saluran.

Perihal Poppulo

Poppulo ialah peneraju global dalam komunikasi pekerja serta papan tanda digital perusahaan, membantu organisasi berhubung dengan tenaga kerja dan pelanggan mereka melalui penyampaian mesej yang berkesan secara masa nyata merentasi pelbagai saluran. Dipercayai oleh lebih 10,000 organisasi—termasuk lebih 40 syarikat dalam senarai Fortune 100—penyelesaian komunikasi pekerja Poppulo menjangkau lebih 50 juta individu di seluruh dunia. Rangkaian papan tanda digitalnya meliputi lebih 600,000 skrin secara global. Dengan menggabungkan strategi komunikasi berasaskan data dan teknologi papan tanda yang boleh diskalakan, Poppulo membolehkan perusahaan meningkatkan penglibatan pekerja, memperkaya pengalaman pelanggan serta mempertingkat kecekapan operasi. Ketahui lebih lanjut di www.poppulo.com.

Hubungi:
Tim Vaughan
tvaughan@poppulo.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions